6 Tips Untuk Hapuskan Cicak di Rumah.  Rumah yang mempunyai cicak terlalu banyak mungkin menimbulkan masalah. Cicak merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Cicak mampu memanjat dinding yang tegak serta licin tanpa sebarang masalah.

Ramai yang tidak sukakan haiwan ini, apatah lagi ia jenis haiwan yang suka membuang najis merata tempat. Ia mampu menimbulkan masalah dari segi kebersihan, terutama apabila najis atau taik cicak ini sering terdapat di dalam rumah.

Tips Menghalau dan Menghapuskan Cicak Di Dalam Rumah

Tips Menghalau dan Menghapuskan Cicak
Bukan setakat taik cicak, telur cicak juga berbahaya sebenarnya terutama jika di dalam rumah ada anak kecil yang sedang membesar. Silap-silap ada anak ini yang anggap telur cicak sebagai 'gula-gula'.

Siapa yang suka bila di dalam rumahnya ada banyak taik cicak. Boleh jumpa di mana-mana, samada dalam almari baju, atas meja makan, dalam lauk-pauk, di tepi pintu, dalam kabinet dapur, dalam bekas makanan dan sebagainya.

Saya pasti ramai antara kita yang nak tahu cara terbaik untuk menghapuskan reptilia kecil yang suka memanjat dan menyelinap serta membuang najis merata-rata. Kalau boleh, mahu menghapuskan terus makhluk Allah S.W.T ini dari mengotori bahagian dalam rumah.


Ada beberapa tips yang saya tahu untuk menghapuskan cicak di dalam rumah. Walaupun keberkesanan kaedah ini boleh dipertikaikan dan belum dibukti dengan angka aatu secara saintifik, namun tak salah mencuba.

Paling tidak, jika tak mampu hapuskan semua, dapat kurangkan 'gangguan' cicak di dalam rumah pun dah memadai buat sesetengah orang. Jom lihat tips dan petua halau cicak ini ..

6 Tips Untuk Halau atau Hapuskan Cicak di Dalam Rumah

6 Tips Untuk Hapuskan Cicak di Rumah
Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti.

Fakta penting perlu tahu mengenai cicak ialah berkaitan diet pemakanannya. Makanan haiwan reptilia kecil ini ialah serangga kecil. Jadi, secara logiknya, lagi banyak serangga yang ada, maka lagi banyaklah cicak akan muncul. Sikit serangga sikit cicak!

Tips Untuk Hapuskan Cicak di Rumah

TIP (1) Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tiada punca rezeki dalam rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.


TIP (2) Kalau nak hapuskan cicak, jaga kebersihan rumah supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan. Serangga juga boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga atau menanam/sediakan pokok herba yang mampu menghindar serangga seperti nyamuk dan lalat.

Cara Halau Cicak dalam Rumah


TIP (3) Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam botol spray. Spray pada tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak sedang 'berdiskusi' atau tempat ia selalu menyorok. Elak dari terhidu air spray. Ia sangat bahaya!

TIP (4) Basuh dan keringkan kulit telur ayam dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. Kulit telur jika termakan boleh tercekik.

TIP (5) Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi.

How to eradicate house gecko
Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah.

TIP (6) Bela kucing. Amaran: Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejap je setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. Nanti cicak hilang .. kutu pulak yang merayap!

Ok?

Harapnya tips di atas sedikit sebanyak membantu untuk menghapuskan cicak daripada berkeliaran dan bermaharajalela di dalam rumah. Kita tentu tak mahu taik cicak mudah dilihat merata di dalam rumah kan? Ia bukan sahaja akan menyakitkan mata tetapi memberi impresi tidak bagus kepada tetamu.

Oh ya, sedikit info fakta berkaitan haiwan reptilia ini.

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin dengan sangat mudah.

Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

Semoga bermanfaat.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. owhhh~ diorg cari sumber makanan rupanya kt rumah kita.. =.=

    thanx 4 the information~~ ^_^

    BalasPadam
  2. dulu kcik kcik slalu terebe cicak ngan getah

    BalasPadam
  3. biasanya cicak ni banyak kat rumah kampung kan..sb rumah sy xde cicak..tp kt kampung, banyak betul cicak kt siling..

    BalasPadam
  4. tips yang bagus....terima kasih

    BalasPadam
  5. erm,nice tips..dulu maen senapang kayu tu pakai terung belanda yang kecik..xpnah la pulak pakai jarum,hikhik~

    BalasPadam
  6. Tips 6 tu sebenarnya apa sempat pulak nak mengata kucing tak baik tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suh bela kucing la ... tapi kena pastikan kucing tu bersih. Prinsip ASAS sini adalah KEBERSIHAN .. tu yang nak dikaborkan.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement